Tuesday, 18 August 2015

Part 1 : Daki Bukit Bendera 15/8/2015

Bismillah...
Hari ni akak saje nak share beberapa gambar akak perjalanan menuju Misi Pendakian Bukit Bendera pada 15 Ogos 2015.

Alhamdulillah..seronok dan syukur sangat akak dapat capai impian akak daki Bukit Bendera. Mungkin ada yang kata , senang je nak ke Bukit Bendera tu dengan naik tren je. Tak pe la..akak lebih suka adventure. Tu yang rasa lebih best dengan berjalan kaki menyelusuri jalan-jalan yang berliku menuju puncak Bukit Bendera.

17 Mei 2015 akak berjaya menawan KL Tower dalam masa 30min 49 saat untuk pertama kali menyertai KL Towerthon 2015 anjuran KL Tower Management. 

Kali ni cabar diri dengan misi daki Bukit Bendera dengan anjuran diri SDN. BHD. Hahaha!

Jom akak bagi teaser sikit sebelum akak cerita panjang lebar lagi


Gambar ni selepas mendaki Bukit Bendera...Saje tunjuk muka awal2..steady lagi ..sejam 41min je..
Tempat pertama yang akak singgah sebelum sampai ke Penang 

Merasa Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang yang ni biasa punya RM9 semangkuk.
Excited bila lalu kat atas jambatan Pulau Pinang ni
Akak non stop ambik gambor pemandangan dalam kereta sepanjang atas jambatan Pulau Pinang
Tinggi tu...Tengok pun dah gayat!
Sikit lagi nak sampai...sabar Zara! kata Driver keta...Hahaha!! Akak memang Excited sangat2!
Pulau apa ntah ..akak ambik aje la pemandangan keliling tu.
ini suasana pagi di Bukit Bendera sekitar jam 8.40am 
Ini baru part 1 k...Nanti akak sambung kisah akak mula mendaki Bukit Bendera dalam masa 1jam 41 minit...ada cemas..ada risau..ada gembira ...ada rasa kesyukuran...

Allahu Akbar!! Indah sungguh bumi ciptaanMu!

Allah Maha Hebat!

Mari kita syukuri nikmat alam yang luas ini. 

Salam sayang dari akak. Nanti akak share kat part 2 k.

Ikhlas menulis dari hati, 
Zara Ratu Detox, 
Fitness Is My Passion
018 977 2964 

1 comments: