Tuesday, 26 May 2015

Impian 101 KL Towerthon 2015 - Come Along For The Run

Assalamualaikum semua, 
Syukur Alhamdulillah akak ucapkan kerana sudi singgah baca perkongsian akak kali ni. 
Akak doakan kalian dalam keadaan sentiasa dilindungi Allah SWT dan sentiasa dalam keadaan sihat, bahagia dan senyum-senyumlah selalu.

Teruja dengan perkongsian kali ini kerana akak dah lama tak update aktiviti akak kan?
Akak dah berjaya capai salah satu 101 Impian akak untuk menaiki Menara Kuala Lumpur sebagaimana akak ada ceritakan dalam entri yang lepas.
Pengalaman KL Towerthon 



Cun kan poster ni?
Akak keluar rumah awal pagi tu dan dalam 5.30am dah sampai KL. 
Hahaha..Aje giler rasa sebab tak penah awal pagi akak sampai KL. 
Ini la pertama kali seumur hidup sebab nak capai impian punya pasal kan?
Sesampai je akak tengok Menara KL dalam suasana yang indah.
Akan ditawan 
Masa ni dalam pukul 5.30am dan sampai ke tapak berkumpul 
Seawal 5am kategori lelaki terbuka dah membuka acara. 
Giliran akak masa tu dalam pukul 7.15am, sempatlah warm up beramai-ramai dengan krew Celebrity Fitness Gym.
Rancak dan berpeluh halus jugak la sebab awal pagi dah beraerobik. 
Best!!

Bersedia ke nak lari menuju puncak Menara KL ?
Giliran akak mula nak berlepas ni..dalam pukul 7.40am masa tu.
Nervous pun ada tau.
Saat Flag off , kami para peserta bergegas dan akak cepat-cepat dapatkan ruang yang selesa untuk berlari.
Macam tu la rupa larian bukit yang akak lalui 
Akak tak lari laju, akak sekadar berjoging je sebab keadaan naik bukit.
Berlari semampunya dan memang awal-awal dah teruji ni. 
Semangat mesti kuat masa ni. 
Its just began!!

Bermulanya perjuangan naik tangga Menuju Puncak
Tak tau la kata masa ni..Memang dah rasa stress dah 
Dugaan datang 
Dah la ramai masa nak naik tangga ni. 
Tangga sempit pulak, inilah cabaran untuk mental dengan keadaan sedia ada.
Pernafasan kena jaga. Tak boleh nak speedy sangat sebab dah mula sesak waktu ni. 
Akak tak rasa mengah tapi kaki dah rasa melenguh selepas TH15. 
Masa ni dah mula stress sebab dah mula penat tapi masih ada lagi dalam 340 anak tangga lagi nak kena daki.
Keadaan tangga TH03  - puncak Menara KL
Masih steady kan para peserta?
Sebab kami berjaya ke puncak Menara KL . 
Pengalaman indah, bukan kerana nak menang kalah tapi kami ada sikap juang yang tinggi untuk mencabar kemampuan diri. 
Misi kami sama. 

Tahniah berjaya capai salah satu 101 impian.
Akak berjaya catat masa terbaik untuk diri sendiri 30 min 49 saat dan menduduki tempat ke 116 daripada 784 orang dalam kategori sama dengan akak. 

Syukur Alhamdulillah!

Kejayaan ini adalah sokongan kawan-kawan, sahabat-sahabat akan yang sentiasa menyokong usaha akak dan yang best adalah ini Suprise untuk anak-anak akak yang memang pelik tengok ibunya teruja dengan aktiviti lasak. 
Masa ni la akak nak share kejayaan kecil akak untuk mereka merasa bangga ada ibu macam akak. 

Puji diri sendiri je la...Hahahaha!
Muka puas setelah sampai ke Puncak Menara KL 
Bergambar sebagai kenangan bersama rakan sepasukan
Bergambar sebagai kenangan selepas turun daripada Menara KL yang tinggi tu
Bergambar sebagai kenangan bersama rakan sepasukan
Bergambar sebagai kenangan bersama rakan sepasukan
Ini lah paling bermakna untuk akak 





Misi terlaksana
Syukur!
Syukur!
Alhamdulillah sangat atas apa yang Allah kurniakan kepada akak. 
Kesihatan yang baik. 
Tenaga yang kuat dan semangat yang tinggi untuk akak cipta kejayaan untuk diri akak. 



Mungkin biasa je pada sesetengah orang tapi ini adalah impian akak yang akak mula tulis dalam IMKK Feb 2015 dan tercapai pada 17 Mei 2015. Impian wajib ditulis dan cepat lambat akan terlaksana bergantung pada diri kita untuk menuju arah capai impian itu. 

Misi seterusnya akak akan berlatih lagi untuk lebih stamina untuk capai misi mendaki Gunung Kinabalu pada April 2016. 
Akak sedia cabar diri sekali lagi dan beberapa strategi disusun untuk akak lebih sihat, selim dan lebih gojes. ( Akak amalkan kaedah Super Detox

Sekian perkongsian akak kali ini. 
Semoga perkongsian akak memberi manfaat dan memberi inspirasi kepada kalian. 
Maafkan akak jika ada kekurangan dalam penulisan akak dan sedia terima teguran dalam ruangan komen untuk akak perbetulkan penulisan akak. 

Terima kasih sudi membaca.

Salam kasih sayang, 
Zara a.k.a Ratu Detox 
018 977 2964 
Luv uollssss.

6 comments: