Tuesday, 28 April 2015

Cabaran ke Kota Damansara Community Forest 26.4.2015

Assalamualaikum semua, Diharap semua dalam keadaan yang bahagia je sekarang ni.

Alhamdulillah ..bertemu lagi dalam perkongsian Akak hari ni. Terpanggil hari ni akak nak kongsikan perjalanan akak merasai pengalaman trail run di Kota Damansara Community Forest pada 26.4.2015 lepas. 
Syukur sangat akak dapat melepasi cabaran yang ada sepanjang perjalanan larian kami. 


1st time datang sini...lepas ni nak repeat perbaiki rekod peribadi
Perjalanan kami seperti dalam peta di atas tu. 
Pengalaman Trail Run - 8km
Seawal 7.30 pagi pada 26/4/2015 kami dah mula berkumpul untuk memanaskan badan sebelum memulakan trail run yang dalam jarak 8km. Fuuuhhh....tak sabar rasanya..

Selepas 15minit memanaskan badan dan semua bersiap sedia, kami pun mulakan ke check point pertama. Awal-awal akak rasa best la kan? ala...lari macam joging je...Tapi ...mak aih...mana boleh santai- santai je ni sebab ada pendakian la...kena la lari bila nak naik ke bukit tu. Eh..makin lama makin tinggi pulak. 

1km pertama akak masih steady ...wah...wah..apa la sangat...hahaha!
So ...dah masuk 2km lari berbukit non stop. Curam pulak tu. 

"Mana nak stop ni? Takkan terus lari je ...Isssshh...mau pancit aku'' detik hati akak...
Kami water break 2minit je sebelum teruskan larian. 

Perrrrggghhh!!!  
2minit je ...dah macam gaya video Abg Ketak ( coach NECK ) 
Takpe la...teruskan lagi..."amboi...masih berbukit lagi ni...berapa banyak bukit daaaa....aku dah penat ni...." getus hati akak. Tak nak tunjuk penat...akar-akar menjalar sana sini berjaya akak lalui...tunjuk terer pada hal macam nak pancit. Adeh....

Masuk ke minit ke berapa ntah kami pit stop ke Denai Harmoni ada 1 pondok untuk berehat. Berehat la sangat ....3minit je...huuuaaaa....sapa lambat kena tinggal....psico betul la depa ni...
Apa lagi bergegas la...Isssshhh....!!!

Lari dan terus ku berlari.....gasak la...!!!Akhirnya....kami berjaya lengkapkan 8km perjalanan larian bukit ni. Sungguh-sungguh akak cabar diri untuk merasai cabaran yang sememangnya memerlukan tenaga dan stamina yang bagus sebelum berani menyertai larian ini bersama pasukan akak. 

Badan perlu Fit
Larian ini takkan berjaya jika badan akak tak sihat dan akak tak fit. sebab stamina tinggi diperlukan untuk mendaki bukit dan bukan sekadar larian sahaja. Dalam kelincahan kita trail run, kita perlu cekap juga melihat pada keadaan muka bumi kawasan larian. Ada akar-akar di mana sahaja dan risau la kalau tersadung mau tersungkur terjelepuk. Mata kena awas jugak. 

Mujur la akak ni terer walking lunjes, squat dan treadmill tu akak biasa setting high incline , jadi bila larian bukit macam ni tak de la rasa sakit urat ke sakit badan. InshaAllah akak akan repeat lagi nanti ajak geng ramai-ramai. ( nak ikut nanti whatsapp akak) 

Actualy kan, masa akak lari, laluan kami becak, licin dan ada yang berhalangan sebab pokok tumbang sebab hujan lebat pada semalamnya ( Sabtu 25.4.15). Tapi kami tak patah semangat, layan je.

Akak hampir tergelincir tapi akak kan cekap dan sempat la capai ranting pokok yang ada di situ, Best la kawasan ni, sebab suasana hutan masih terasa lagi walaupun Kota Damansara ni antara kawasan maju di Petaling Jaya dek pembangunan projek MRT sekarang ni. Alhamdulillah ada usaha kekalkan kawasan ni sebagai hutan simpan. Maka, warga ibu kota masih dapat rasakan kawasan hutan semulajadi walau bukan la sebesar mana. 

Uoollsss wajib la cuba. Jalan-jalan santai pun ok sebab ada yang best tu siap berbasikal tau. Best la kepada MTBers...

Akak memang sarankan uoollsss ke sini untuk release minda dan boleh dijadikan aktiviti riadah sekeluarga mingguan ke sini. 

wah ....!! 

Dah macam duta...siap promote bagai....hahaha!


Bergambar sebelum memulakan larian
Berada di Denai Unity sebagai Check point terakhir sebelum ke jalan keluar
Bagaimana nak naikkan stamina dengan cara Zara Ratu Detox 

  1. Jaga kesihatan diri dari luaran ke dalaman. Nak jaga kesihatan kena ada Elmu maka akak sentiasa dapatkan info terbaik untuk akak tingkatkan stamina akak.
  2. Workout berterusan - Tanpa alasan untuk tidak workout. Akak tetapkan 5x workout dalam seminggu. Set dalam 1 - 2 jam untuk 1 sesi workout. Kegilaan akak sekarang adalah amalkan senaman extreme Freeletics. Sesiapa nak tau boleh Whatsapp akak nanti ye. 
  3. Jaga pemakanan - Akak amalkan pemakanan sihat dan biasanya memang akak amalkan EAT CLEAN. Jauhi 5 jenis makanan yang memang TAK BERFAEDAH untuk tubuh badan akak. JAUHI makanan manis, masin, bersantan, berminyak dan makanan yang bergoreng bukan lagi pilihan menu akak. 
  4. Denda diri sendiri - Ye denda diri sendiri jika akak terambik makanan di atas. Jika teringin nak makan sedap akak pastikan akak akan workout sekurangnya 2jam sebelum makan makanan yang akak teringin tu. contoh nak makan kek cheese leleh..akak kena skipping 1000x. Apa la sangat....( Kata geng Now Everyone Can Kurus (NECK )akak dalam Batch # 1 ) 
  5. Paling best , akak amalkan Super Detox untuk kesihatan menyeluruh tubuh badan dan pastikan 3x seminggu akak mesti amalkan minuman detox akak sama ada dalam bentuk infused water atau jus buah-buahan. 
  6. Yang paling memberi sumbangan BESAR kepada diri akak ialah amalkan suplemen Shaklee ( Vitamin C, ESP, Cinch, Ostematrix, Zinc Complex, Alfalfa, Herb Lax, Lecithin, Omegaguard , Performance Drink )  yang membantu akak menaikkan semangat untuk terus jadi SIHAT Dan terpaksa Slim yang paling best. 
  7. Pantau berat badan sebagai pemangkin menjadi lebih fit - Berat badan asal akak dari 72kg dan semasa menulis entri ini akak baru capai 59kg untuk timbangan minggu ke 12 dalam program NECK. Tak pasal slim dengan Super Effect Detox resepi Zara dan pemakanan yang sihat di samping suplemen yang terbaik. 
  8. Keep Sharing - akak sentiasa berkongsi dan dalam masa sama akak dapat juga info @ elmu baru daripada perkongsian akak kepada kawan-kawan dalam whatsapp & telegram group. Best kan? Jadi bila kita sentiasa berkongsi ni, kita akan sentiasa dikelilingi rakan-rakan yang sangat positif dan sentiasa bersemangat nak jadi lebih baik daripada semalam dan kelmarin. 
Amacam ??

Menarik kan pengalaman akak? 
Apa lagi ....? Sila la tinggalkan komen untuk akak perbaiki penulisan akak dan cuba bagi cadangan kat akak untuk akak jelajah bukit mana lagi untuk trail run. 
Nak fitkan badan ni kena banyak aktiviti outdoor selain workout yang ada. 
Nanti komen ye.. 
Alahai...sayang uoolllsss....macam tu la kan? Bagi la support kat akak selalu...
Ok la..setakat ni perkongsian akak. Jika rasa nak jadi fit macam akak sila hubungi akak ke Whatsapp @ Telegram melalui 018 977 2964. 

Akak pasti bantu uollsss untuk tips kesihatan PERCUMA yang semestinya bermanfaat. 
Akhir kata, akak doakan uoollsss semua sentiasa dalam lindungan Allah dalam apa jua yang uoollsss lakukan.

Salam sayang , 
Zara 
Ratu Detox MFMS 
Krew NECK since Feb 2015.

1 comments:

  1. Blog ok sangat ai.. Perkongsian yang sangat menarik dan semoga ramai lagi rakyat Malaysia sedar tahap kesihatan masing2 serta mengamalkan gaya hidup sihat..Tp ada typo sikit..Thnks for sharing..

    ReplyDelete